Posts

Showing posts from August, 2017

Balik Kampung yeay!

Lagi 2 hari nak balik kampung. :) :)

Salam Jumaat

Image
Penghulu segala hari. Sama-samalah kita membaca Surah Al Kahfi. Semoga semua amalan kita diterima Allah SWT. Amin YRA.

Tempat bermanja

Image
Ini kakok hok paling tua, tempat bermanja, Kak Nik. Pandai buat ketupat serupa arwah Mok kami yang tercinta. Sedapnya la ketupat. Kak Nik walau apa pun yang dihadapi, senyum je dia tahu. Dialah tempat minta duit masa kecil dulu. Mohonku pada Allah SWT supaya memberi kesihatan yang berpanjangan untuk Kak Nikku dan Abe Me, panjang umur, murah rezeki dan di dalam rahmat Allah SWT sentiasa. Amin Ya Rahman.

Diam sahaja

Andai berbeza pendapat dan cara, tak perlu nak menghukum, tak perlu nak mentadbir apa yang tidak kita ketahui dan lalui. Diam saja, itu adalah yang terbaik.

Yati, Sahabat UiTM yang sangat baik

Image
                                                     Bersemadilah dengan tenang sahabatku Haryati binti Jamil. Setelah lama berpisah, tidak pernah ada rezeki untuk bersua kita ya. Sangat terkilan kerana sebelum ini arwah ada menghantar WhatsApp ingin berjumpa, dan kami beberapa kali membuat plan tetapi ada saja yang menghalang. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Allah.