Anak Syurga

Semoga Allah SWT memberikan pahala sebesar-besarnya untukmu, untuk keluargamu dan untuk mereka yang disekelilingmu. Salam takziah kepada seluruh keluarga pelajar dan murobbi di DARUL QURAN ITTIFAQIAH, Kuala Lumpur.

Kita mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada' sebagaimana hadis Nabi SAW:الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: "Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.)

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Comments